Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimin BTS, bintang popular Korea bulan Oktober

    Ahli kumpulan BTS, Jimin menduduki carta pertama sebagai individu paling popular Korea pada bulan Oktober ini.

    Menurut laporan CNN, kedudukan selebriti popular itu dikeluarkan oleh The Korea Business Research Institute mengambil kira reputasi dan carian peminat terhadap bintang Kpop kesayangan mereka.

    Institut berkenaan menganalisis penyertaan masyarakat terhadap laporan media dan interaksi di internet dan mengumpul data kajian sejak 26 September sehingga baru-baru ini.

    Hasil kajian mendapati Jimin BTS menerima 14,715,889 undian dan popularitinya itu naik sebanyak 11.52 peratus berbanding bulan September. Malah, namanya juga paling banyak dicari di internet termasuklah menggunakan kata kunci Army dan foto berkaitan.

    Memandangkan dia menyambut ulang tahun kelahiran pada 13 Oktober lalu, maka carian perkataan ‘ulang tahun Jimin’ turut membantu menaikkan peratus kedudukannya. Lebih mengagumkan, 91.4 peratus topik perbincangan netizen mengenai Jimin juga bersifat positif. Sementara itu, tempat kedua diduduki oleh Kang Daniel dan ketiga, Taeyeon. – Agensi

    Hasil kajian mendapati Jimin BTS menerima 14,715,889 undian dan popularitinya itu naik sebanyak 11.52 peratus berbanding bulan September. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda