Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ lepas tunjuk dedikasi kem latihan

    Anggota kumpulan BTS iaitu Jimin dilaporkan menerima kenaikan pangkat lebih awal sebagai askar elit meskipun baru beberapa bulan menjalani latihan ketenteraan.

    Allkpop melaporkan Jimin turut dilantik sebagai pelatih tentera terbaik selepas menerima Anugerah Komander Divisyen. Ia merupakan penghormatan diberikan kepada mereka yang menunjukkan dedikasi dan ketahanan fizikal yang luar biasa.

    Menerusi mesej kepada peminat di laman Weverse, Jimin berkongsi perkembangannya melakukan latihan ketenteraan bersama seorang lagi anggota iaitu Jungkook. Meskipun jarang bersua, Jimin memberitahu mereka sentiasa berhubung melalui panggilan telefon.

    “Hampir sebulan saya tak berbual dengan kamu semua. Terasa lama sangat tapi disebabkan saya ada Jungkook (anggota BTS) saya rasa masa itu berlalu dengan pantas. Kami sentiasa berbual di telefon awam, dan kami sedang berkerja keras sepanjang dalam kem. Kami bergantung antara satu sama lain,” jelasnya.

    Jimin dan Jungkook menyertai perkhidmatan tentera bersama pada Disember 2023 dan kini berkhidmat di bawah Divisyen yang sama. Mereka dijangka menamatkan latihan pada Jun 2025. -Agensi

    Jimin dinaikkan pangkat menyertai pasukan tentera elit. – mStar
    Jimin bersyukur ada Jungkook di sis ketika menjalani latihan. – mStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda