Tuesday, October 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimin BTS tolong Lee Jin Ho langsai hutang judi

    Pelawak asal Korea Selatan iaitu Lee Jin Ho menanggung hutang yang banyak selepas meminjam daripada beberapa selebriti terkenal bagi tujuan perjudian.

    Anggota BTS iaitu Jimin dilaporkan antara mangsa Jin Ho yang memberinya pinjam wang sebanyak AS$70,000.

    Perkara itu disahkan pihak pengurusan Jimin iaitu Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media Korea Selatan.

    “Betul Jimin menanggung kerugian yang banyak. Perjanjian hutang telah dibuat dan Jin Ho pun sudah dapat duit,” kata wakil pengurusan syarikat berkenaan.

    Kesal dengan apa berlaku, Jimin bagaimanapun masih berhati baik dengan meminta Jin Ho membayar semula hutang berkenaan dalam tempoh 10 tahun.

    Selain Jimin, Jin Ho didakwa turut meminjam wang daripada beberapa selebriti lain termasuk penyanyi Young Tak dan pengacara TV, Lee Soo Geun untuk memuaskan nafsu berjudi.

    Lebih teruk, ada selebriti mengeluh berdepan bayaran cukai yang tinggi kerana wang dipinjamkan tiada sebarang perjanjian.

    Sebelum ini, Jin Ho membuat pengakuan terlibat dengan aktiviti perjudian haram secara atas talian sejak empat tahun lalu. Dedahnya, dia terpaksa meminta bantuan kewangan daripada keluarga, kenalan serta rakan-rakan selebriti bagi membayar hutang judi namun ia tidak mencukupi.

    Masalah kewangan pelawak itu bertambah parah apabila dia bertindak meminjam wang daripada ‘Ah Long’ dengan faedah tinggi. – Agensi

    Jin Ho meminjam wang kepada Jimin bagi memenuhi nafsu berjudinya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda