YEONCHEON, 11 JUN — Beratus-ratus peminat berkumpul pada awal pagi untuk melihat kelibat bintang K-pop Jimin dan Jungkook, ahli BTS yang terakhir selesai menjalani latihan ketenteraan Korea Selatan.
Kedua-duanya lengkap berpakaian seragam tentera, memberi tabik hormat dan bertemu dengan kumpulan peminat yang telah menunggu untuk menyambut mereka.

Jungkook mengucapkan terima kasih kepada wartawan sementara Jimin dan mengakui kekoknya untuk kembali menjadi tumpuan. “Sebenarnya, sudah lama saya tidak berada di hadapan kamera, malah saya tidak bersolek, jadi saya agak malu,” katanya. “Saya tak tahu nak cakap apa.”
Pasangan itu mendaftar pada Disember 2023, sehari selepas pendaftaran RM dan V.
Peminat-peminat telah datang dari seluruh dunia ke tempat pertemuan berlangsung yang mana sebelumnya terpaksa dipindahkan dari pintu masuk pangkalan tentera atas sebab keselamatan.
Suasana perayaan sambutan mereka dilengkapi dengan bas-bas yang dihiaskan dengan wajah-wajah ahli BTS memenuhi jalan dengan belon-belon merah dan kuning dan trak makanan berhias dengan kopi dan minuman percuma turut disediakan.

Tujuh penyanyi kumpulan K-pop popular itu merancang untuk bersatu semula sebagai pada tahun 2025 selepas mereka menamatkan latihan tersebut.
Enam daripada tujuh anggota kumpulan itu telah selesao menjalani latihan tentera, manakala Suga menunaikan tugasnya sebagai ejen perkhidmatan sosial, satu bentuk perkhidmatan tentera alternatif sehingga hujung bulan nanti. – AP