Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimin, Jungkook kembali untuk siri jelajah musim kedua

    SEOUL, 5 NOV – Platform penstriman Disney+ akan tayangkan musim kedua siri realiti kembara Are You Sure?! yang menampilkan ahli kumpulan BTS, Jimin dan Jungkook bulan depan, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Program itu menampilkan dua bintang K-pop berkenaan yang memulakan satu lagi pengembaraan spontan bersama dengan hanya membawa sebuah beg kecil setiap seorang.

    Kali ini, mereka akan menghabiskan masa selama 12 hari menjelajah Switzerland dan Vietnam, menikmati keindahan alam semula jadi, hidangan tempatan serta pelbagai aktiviti santai.

    Musim kedua siri tersebut akan ditayangkan pada 3 Disember ini dengan dua episod pertama, manakala baki lapan episod akan disiarkan dua episod baharu setiap Rabu. – Bernama/Yonhap 

    GAMBAR DISNEY+
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs