Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimmy Carter tunai hasrat mengundi pada usia 100 tahun

    WASHINGTON, 17 OKT – Jimmy Carter, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) tertua dan satu-satunya bekas presiden yang mencapai usia 100 tahun, menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi pemilihan presiden kelmarin, di negeri kelahirannya Georgia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kertas undi Carter dimasukkan dalam peti surat yang terletak di mahkamah di bandar Americus, sebahagian media Amerika melaporkan dengan memetik Carter Centre. Bekas presiden itu memberitahu keluarganya bahawa dia lebih berminat untuk mengundi Naib Presiden Kamala Harris, calon Demokrat, daripada meraikan hari lahirnya yang ke-100, menurut Atlanta Journal-Constitution.

    Carter, yang tidak begitu sihat berkata hasrat terakhirnya adalah untuk memilih Harris pada pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada 5 November.

    Pengundian awal bermula di Georgia pada Selasa dengan jumlah kehadiran yang mencatatkan rekod pada hari pertama, menurut pegawai pilihan raya.

    Carter menyambut ulang tahun yang ke-100 pada 1 Oktober. Kira-kira setahun setengah yang lalu, beliau menghentikan rawatan perubatan selepas beberapa kali dimasukkan ke hospital dan kemudian menjalani penjagaan hospis. – Bernama

    Gambar Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda