Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jin BTS bakal buat kemunculan album solo baharu

    Seorang wakil dari BigHit Music telah mengesahkan kepada Dispatch kelmarin, “Jin kini sedang mengusahakan album baharunya dan menyasarkan pelancaran album tersebut pada bulan Mei. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.”

    Perkara ini menandakan kemunculan semula Jin dalam dunia muzik kira-kira enam bulan selepas pelancaran album solo pertamanya, Happy, pada November 2024. Album tersebut mencatat prestasi memberangsangkan dalam carta Billboard 200 dengan debut di tangga ke-4.

    Menurut AllKpop, Jin turut menduduki tempat kedua dalam carta World Albums dan tempat ketiga dalam Top Album Sales. Lagu utama Running Wild berada di kedudukan ke-53 di Billboard Hot 100 dan menduduki tempat pertama di carta Digital Song Sales.

    Lagu-lagu lain daripada album itu, I’ll Be There, Heart on the Window, Another Level, dan Until I Reach You juga turut tersenarai dalam carta Billboard Global (tidak termasuk Amerika Syarikat), sekali gus menunjukkan impak antarabangsa album tersebut.

    Di luar bidang muzik, Jin kekal aktif. Beliau menjadi pembawa obor untuk Sukan Olimpik Paris 2024, mengadakan pertemuan eksklusif bersama peminat, serta menerima banyak tawaran duta barang-barang berjenama daripada syarikat-syarikat utama.

    Jin juga mengekalkan imejnya sebagai ‘penghibur serba boleh’ dengan muncul dalam rancangan web BTS, Run Jin, serta membintangi siri asal Netflix Village of Madness. Siri tersebut kini berada di tangga teratas carta Top 10 Netflix Korea, mengatasi drama popular When Life Gives You Tangerines.

    Village of Madness, sebuah rancangan varieti berkonsepkan rumah penginapan unik, menampilkan Jin bersama Kian84 dan Ji Ye Eun dalam dinamik seperti adik-beradik.

    Penonton memuji pesona pelbagai sisi Jin dan menyifatkannya sebagai pekerja serba boleh paling menyerlah dalam rancangan itu.

    Dengan album baharu yang bakal dilancarkan, para peminat tidak sabar menantikan Jin dalam fasa solo terbaharunya ini. – Agensi

    Ahli kumpulan BTS, Jin bersedia membuat kemunculan album solo pada Mei. – AllKpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda