Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jin BTS beli rumah ketiga dengan bayaran tunai

    Bijak dalam membuat pelaburan masa depan, penyanyi Jin yang juga anggota kumpulan BTS dilaporkan baharu sahaja membeli sebuah kediaman mewah.

    Lebih istimewa lagi Jin atau Kim Seok Jin, 33, memilih lokasi di kawasan elit di Hannam The Hill, Seoul, Korea Selatan.

    Rumah jenis apartment itu dibeli secara tunai pada harga sekitar RM55 juta.

    Tindakan Jin mendapat pujian ramai selain ada juga yang meluahkan rasa cemburu dengan kejayaannya memiliki kediaman berkenaan, menuTindakan Jin mendapat pujian ramai selain ada juga yang meluahkan rasa cemburu dengan kejayaannya memiliki kediaman berkenaan, menurut petikan mStar.

    “Keputusan Jin membeli sebuah lagi rumah adalah tepat. Nilai kediaman di Korea sangat berharga dan mampu memberikan pulangan berganda kelak.

    “Ada sebab kenapa orang mahu mencari banyak wang. Cemburunya saya lihat rumah baru Jin.

    “Saya sangat cemburu dengan bakal isteri Jin, orang paling bertuah dalam dunia,” komen warganet.

    Pembelian kediaman baharu ini menambah lagi aset milik Jin di salah sebuah kawasan perumahan paling eksklusif di Korea Selatan yang juga menjadi pilihan ramai selebriti dan tokoh berprofil tinggi. 

    Untuk rekod, pada 2019 Jin telah memberi dua buah apartmen bernilai RM14 juta dan meletakkan nama kedua ibu bapanya untuk unit tersebut. – Agensi

    Jin mengumpul aset dengan membeli kediaman mewah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda