Anggota kumpulan BTS Jin bakal menamatkan latihan ketenteraan selama dua tahun iaitu hari ini.
Memetik laporan mStar, pihak pengurusan Big Hit Entertainment sesi tamat latihan Jin akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.
Susulan itu, pihak pengurusan penyanyi tersebut meminta agar peminat tidak datang ke kem bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kejadian tidak diingini.
“Selepas dua tahun akhirnya Jin berjaya menamatkan latihan ketenteraan dan akan diraikan dalam sebuah acara tamat latihan bersama rakan-rakannya yang lain.
“Kami mohon jasa baik awda semua agar tidak datang ke kawasan kem bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kesesakan lalu lintas,” kata wakil Big Hit Entertainment.
Jelasnya lagi, pihak mereka juga tidak mahu kehadiran peminat mengganggu majlis yang turut melibatkan ramai pelatih askar lain.
“Hari tamat latihan turut membabitkan ramai askar yang lain.
“Awda boleh hantar ucapan dan kata-kata semangat kepada Jin di media sosial,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan Jin akan memberikan 1,000 pelukan percuma kepada peminat bertuah menerusi acara Festa 2024 yang akan diadakan esok bersempena ulang tahun ke-11 penubuhan BTS.
Jin adalah anggota BTS pertama yang menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.
Enam lagi anggotanya iaitu J-Hope, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. – Agensi