Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jin BTS kuasai carta

    Bintang mega K-Pop, Kim Seok-jin atau Jin yang juga anggota kumpulan BTS menguasai carta Jualan Lagu Digital Dunia Billboard dengan album mini baharu Echo, baru-baru ini.

    Jin menyapu bersih enam tangga teratas dalam carta Jualan Lagu Digital Dunia minggu ini dengan lagu-lagu daripada EP terbaharunya.

    Semua enam lagu B-side dari album Echo berjaya memasuki carta dengan lagu Nothing Without Your Love menduduki tempat pertama, diikuti Rope It (kedua), Background (ketiga), Loser feat Choi Ye Na (keempat), With the Clouds (kelima), dan To Me, Today (keenam).

    Dalam pada itu, lagu Don’t Say You Love Me yang tidak layak untuk carta Jualan Lagu Digital Dunia kerana dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, debut di tempat pertama dalam carta utama menjadikannya lagu paling laris di Amerika Syarikat, minggu itu.

    Don’t Say You Love Me adalah lagu utama dalam EP kedua Jin yang berjudul Echo.
    Don’t Say You Love Me turut berada di tempat kelima dalam carta Global Excl. US dan tempat ketujuh dalam Global 200, manakala Nothing Without Your Love memasuki carta Global Excl US di kedudukan ke-194.

    Awal minggu ini, Jin mencatat pencapaian tertinggi dalam carta Billboard 200 apabila Echo menduduki tempat ketiga.

    Ini kali ketiga lagu solo Jin tersenarai dalam carta Billboard Hot 100, selepas The Astronaut pada 2022 dan Running Wild, tahun lalu. – Agensi

    Jin dari kumpulan BTS menguasai carta Jualan Lagu Digital Dunia Billboard dengan album Echo. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda