Peminat anggota kumpulan BTS iaitu Jin sedang menghitung hari apabila penyanyi kesayangan mereka itu bakal menamatkan latihan ketenteraannya dalam tempoh 100 hari.
Jin atau Kim Seok Jin, 31, dilaporkan bakal menamatkan latihan selama dua tahun pada 12 Jun depan.
Ketika ini, Jin sedang memegang jawatan sebagai pembantu pegawai tentera dan dinaikkan ke pangkat itu dua bulan lebih awal selepas menunjukkan prestasi cemerlang.
Jin juga dikenali dengan sikap pemurah dan baik hati sepanjang berada di dalam kem membuatkan dia disenangi.
Menurut perkongsian mStar, sikap positif dan disiplin and ditonjolkan oleh Jin sepanjang berada di kem latihan menyebabkan dia layak digelar ‘tentera elit’ dalam kalangan tentera.
Susulan itu, peminat BTS atau Army, meluahkan keterujaan mereka mengenai berita tersebut selain berharap agar Jin dapat pulang dari kem dengan selamat.
Jin merupakan antara ahli BTS yang terawal menyertai perkhidmatan tentera iaitu pada Disember 2022, kemudian diikuti oleh ahli BTS yang lain.
Kumpulan K-Pop sensasi itu, dijangka akan membuat kemunculan semula selepas Jun 2025, selepas ahli muda mereka iaitu Jungkook dan Jimin tamat latihan. – Agensi