Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jin Wei lepasi halangan ke suku akhir

    KUALA LUMPUR, 7 APRIL –  Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei meneruskan perjuangan selepas berjaya melangkah ke suku akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2022 di Suncheon, hari ini.

    Jin Wei, yang ketika ini berada di ranking 128 terbaik dunia, menundukkan pemain nombor 187 dunia dari Korea Selatan, Lee Se Yeon, 21-17, 17-21, 21-12 dalam pertarungan selama 57 minit pada pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Palma.

    Beliau yang kali terakhir menyertai pertandingan pada Jun lepas, akan menentang Kim Gaeun selepas pemain tuan rumah tersebut membuat kejutan besar dalam kejohanan kali ini apabila menyingkirkan juara Olimpik, Chen Yu Fei dari China, 21-17, 21-19.

    Sementara itu, dua beregu campuran Malaysia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying berpeluang untuk merebut empat tempat terakhir apabila mereka berjaya layak ke peringkat suku akhir hari ini.

    Kian Meng dan Pei Jing, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, menyingkirkan pasangan bukan pilihan tuan rumah, Na Sung Seung dan Kim Min Ji, 21-11, 21-9, manakala Yew Sin dan Liu Ying tidak perlu memerah tenaga apabila lawan mereka yang juga pilihan pertama, Seo Seungjae dan Chae Yujung dari Korea Selatan menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua. 

    Kian Meng dan Pei Jing akan berdepan pilihan kelima, Ou Xuan Yi dan Huang Ya Qiong selepas pasangan dari China itu melepasi halangan pusingan kedua menentang beregu India, B Sumeeth dan Ashwini Ponnappa dalam set penentuan, 22-20, 18-21, 21-14, manakala Yew Sin dan Liu Ying akan menentang pasangan tuan rumah, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...