Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jing Xuen berentap di Terbuka Maybank

    KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Pemain golf amatur Ng Jing Xuen akan menyertai atlet elit Alyaa Abdul Ghany, Natasha Andrea Oon dan Ashley Lau dalam Kejohanan Golf Maybank 2023 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara mulai 26 hingga 29 Oktober depan.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Jing Xuen membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan itu, bertujuan untuk memartabatkan golf wanita di rantau ini dan memberi inspirasi kepada generasi pemain golf yang akan datang.

    “Pada usia 15 tahun, Jing Xuen mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam golf individu wanita pada Sukan SEA 2023, menamatkan penantian pingat emas selama 30 tahun negara dalam kategori ini.

    “Dengan hasratnya untuk menjadi profesional dalam tempoh dua tahun akan datang, kehadirannya pada kejohanan yang mendapat restu Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional Wanita (LPGA) tahun ini menandakan satu kejayaan penting dalam kerjayanya yang semakin berkembang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Kontinjen itu akan disokong dengan penampilan Olympian Kelly Tan yang akan beraksi di West Course yang berprestij KLGCC, seperti yang diumumkan sebelum ini.

    Pencapaian terbaharu Kelly termasuk menamatkan saingan sebagai naib juara dalam Jemputan Dow Great Lakes Bay 2022 dan memenangi 2019 Florida’s Natural Charity Classic. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda