Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan pengemaskinian waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter-kaunter pendaftaran dan pengambilan dokumen perjalanan serta kad pengenalan bermula 4 September.
Pengemaskinian dibuat bagi merujuk siaran akhbar JIPK bertarikh 25 September 2022 untuk operasi perkhidmatan terbabit.
Sehubungan itu, JIPK memohon kerjasama orang ramai yang akan hadir ke tempat-tempat pendaftaran dan pengambilan dokumen perjalanan dan kad-kad pengenalan untuk mematuhi waktu-waktu operasi pembukaan kaunter-kaunter perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan.
Orang ramai hendaklah melengkapkan borang pendaftaran yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK, www.immigration.gov.bn dan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum mendapatkan nombor-nombor giliran masing-masing.
Bagi maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, bolehlah e-mel info@immigration.gov.bn atau WhatsApp ke talian 7299550 semasa waktu bekerja.
Di bawah ini disertakan rajah daripada JIPK berhubung perkhidmatan yang dikemaskinikan.
DOKUMEN PERJALANAN | ||
TEMPAT | JAM BEROPERASI | PENERIMAAN PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN |
Ibu Pejabat JIPK di Daerah Brunei dan Muara |
Kaunter Perkhidmatan Biasa dan Warga Emas Isnin hingga Khamis dan Sabtu: |
Aplikasi Que-Up atau secara walk-In |
Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Belait | Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 12 tengah hari 1.45 petang – 4 petang |
Secara walk-In |
Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Tutong | Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 12 tengah hari 1.45 petang – 4 petang |
Secara walk-In |
Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Temburong | Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 12 tengah hari 1.45 petang – 4 petang |
Secara walk-In |
KAD PENGENALAN | ||
TEMPAT | JAM BEROPERASI | PENERIMAAN PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN |
Ibu Pejabat JIPK di Daerah Brunei dan Muara Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, Jalan Menteri Besar (Hijau) |
Isnin hingga Khamis dan Sabtu: Jumaat: |
Ibu Pejabat JIPK (Aplikasi Que-Up atau secara walk-In bagi Kad Pengenalan berwarna Kuning dan Ungu) Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, Jalan Menteri Besar (Secara walk-In) |
Pejabat Cawangan Pendaftaran Kebangsaan di Daerah Belait (Kuning, Ungu dan Hijau) |
Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 4 petang |
Secara walk-In |
Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Tutong (Kuning, Ungu dan Hijau) |
Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 4 petang |
Secara walk-In |
Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Temburong (Kuning, Ungu dan Hijau) |
Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 7:45 pagi – 4 petang |
Secara walk-In |