Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIPK rai ulang tahun ke-65

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bersempena penubuhannya yang ke-65 tahun, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok dan riadah senamrobik, walkaton dan basikalton di Ibu Pejabat JIPK, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.

    Program aktiviti telah dimulakan dengan sesi senamrobik dan seterusnya diikuti dengan walkaton, basikalton dan penanaman 30 pokok di jabatan tersebut.

    Aktiviti tersebut bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan pegawai dan kakitangan melalui aktiviti riadah sukan dan seterusnya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kakitangan JIPK.

    Antara kakitangan mengambil bahagian dalam sesi senamrobik yang diadakan di Ibu Pejabat JIPK, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    Aktiviti menanam anak pokok sempena sambutan ulang tahun JIPK ke-65 bertempat di IBU Pejabat JIPK. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda