Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS anjur Netball Fun Day

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) baru-baru ini menjadi tuan rumah dalam acara tahunan komuniti mereka, acara Netball Fun Day yang dibukakan kunjungannya kepada orang ramai untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

    Lebih daripada 510 pelajar dari beberapa buah sekolah tempatan telah menyertai pertandingan antaranya Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), Sekolah Menengah Chung Hwa, Sekolah Panaga, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Katok dan Sekolah Seri Mulia Sarjana.

    Kesemua pasukan bertanding dalam 157 perlawanan di gelanggang tertutup, gim sekolah dan juga di padang sekolah di mana sebanyak 12 gelanggang secara keseluruhannya disediakan. Pasukan yang menyertai terdiri dari 51 buah pasukan dalam enam kategori kumpulan umur dari bawah sembilan tahun hingga bawah 21 tahun.

    Para peserta bergambar ramai bersama sijil penyertaan Netball Fun Day. – Gambar serahan JIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda