Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS lantik pasukan pengakap pertama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) kini mempunyai pasukan pengakap sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum dengan majlis pelantikan pengakap pertama telah diadakan di Kompleks Sukan JIS, baru-baru ini.

    Majlis yang dihadiri pelajar dan ibu bapa itu menyaksikan ahli-ahli pengakap baharu menerima skaf dan woggle Pasukan Pengakap Jerudong pertama yang dibuat daripada buluh yang ditanam di Outdoor Discovery Centre kampus itu. Selain itu, mereka juga menerima anugerah keahlian dan melafazkan ikrar pengakap.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, memberikan sokongan padu terhadap aktiviti baharu itu dan menambah bahawa ia akan mewujudkan laluan semula jadi kepada Skim Anugerah Antarabangsa (anugerah Duke of Edinburg) di JIS untuk pelajar Tahun 10 ke atas.

    Menurut kenyataan lagi, aktiviti kurikulum pengakap itu ditubuhkan pada September 2020 untuk pelajar JIS berusia 10 hingga 14 tahun dengan tujuan untuk menggalakkan pembangunan fizikal, intelektual, sosial dan emosi orang muda supaya mereka memainkan peranan positif dalam masyarakat sebagai pelajar bertanggungjawab yang mampu menjaga komuniti mereka.

    Selepas majlis pelantikan, ahli pengakap menunjukkan kemahiran yang telah dipelajari semasa kem unggun api.

    Ahli-ahli pengakap mengangkat sumpah semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan JIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda