Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS rai Hari Antarabangsa

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), hari ini, telah mengadakan Hari Antarabangsa JIS 2017 yang berlangsung di Dewan Auditorium JIS.

    Lebih 500 orang pelajar daripada 55 kewarganegaraan yang berlainan telah menghadiri acara tersebut yang bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai kebangsaan yang terdapat di pelbagai negara di seluruh dunia di samping menggalakkan para pelajar untuk berkembang sebagai komuniti global dan meraikan kebangsaan, budaya, adat dan bahasa masing-masing.

    Acara itu menampilkan dua persembahan muzik oleh pelajar-pelajar Tahun 4 sehingga 13 dengan tema ‘Music from Around the World’ dan tahun ini rata-rata persembahan disembahkan dengan muzik paduan suara (choral music).

    Antara persembahan yang ditampilkan termasuk koir ‘iqude’ dan ‘babethandanza’, tarian Ireland – ‘Lord of the Dance’, nyanyian ‘Waltzing Maltilda’, persembahan JAZ Band, gulingtangan dan banyak lagi.

    Antara persembahan yang ditampilkan pada acara Hari Antarabangsa JIS 2017.
    Antara pelajar dan jemputan yang menghadiri acara Hari Antarabangsa JIS 2017 di Dewan Auditorium JIS.
    Para pelajar ketika menyanyikan Waltzing Maltilda.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda