Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS sertai Piala Bola Sepak Malaysia Borneo 2025

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Pasukan Bola Sepak JIS B-18 baru-baru ini telah berlepas berangkat untuk menyertai Piala Bola Sepak Malaysia Borneo 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
     
    Dalam kejohanan itu, pasukan JIS akan bertanding menentang lima pasukan lain dari serata rantau dalam Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki, termasuk ATENEO FC, NCR, TYTC FC, TABS dan DPM.
     
    Menurut pihak sekolah, kehadiran pasukan dalam kejohanan tersebut diharapkan dapat memberi pengalaman berharga kepada para atlet muda serta pendedahan kepada persaingan serantau bertaraf tinggi. 
     
    Selain itu, ia juga membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan dan memantapkan kemahiran mereka sambil mewakili JIS di pentas antarabangsa.
     
    Antara lain, penyertaan pasukan tersebut berfungsi sebagai platform penting untuk mengasah kemahiran serta kerjasama berpasukan menjelang Sukan FOBISIA, yang dijadual berlangsung pada bulan November ini.
     
    Pasukan Bola Sepak JIS B-18 bergambar ramai sebelum berlepas untuk bertanding dalam Piala Bola Sepak Malaysia Borneo 2025. – GAMBAR SERAHAN JIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda