Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JIS terima lawatan Taiwan Diabolo Dance Theatre

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Lebih 200 orang pelajar dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), pagi tadi telah menghadiri kunjungan daripada rombongan Taiwan Diabolo Dance Theatre.

    Rombongan tersebut dijemput atas undangan Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di negara ini yang bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai Chinese Yoyo Diabolo dan akan membuat persembahan pada hujung minggu ini nanti.

    Pada masa yang sama, Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dengan Taiwan Diabolo Dance Theatre juga tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) pada Isnin depan bagi tujuan pertukaran pendidikan.

    Persembahan klasik yang dicipta oleh Taiwan Diabolo Dance Theatre merupakan persembahan unik yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian, pergerakan badan dan perkusi.

    Sementara itu dram, multimedia dan lain-lain, melalui irama konserto di mana maya dan realiti digabungkan untuk memukau para penonton ke dunia tarian Diabolo yang penuh dengan imaginasi dan kejutan.

    Persembahan yang akan disaksikan di Brunei akan berlangsung selama masa 80 minit dan akan menggabungkan persembahan multimedia dan Diabolo yang menawan imaginasi penonton.

    Tenaga pengajar JIS berpeluang mencuba permainan tradisi berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Seramai lebih 200 orang pelajar JIS yang teruja menyaksikan pertunjukan kefahaman mengenai Chinese Yoyo Diabolo tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...