Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS terpilih sertai sekolah-sekolah latihan COBIS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini, telah dipilih sebagai salah sebuah daripada tujuh sekolah yang menyertai kohort Sekolah-sekolah Latihan Majlis Sekolah-sekolah Antarabangsa British (COBIS) bagi 2020/2021.

    JIS dalam kenyataan mengumumkan perkara berkenaan menjelaskan bahawa Sekolah-sekolah Latihan COBIS akan memberikan latihan awal bagi guru-guru untuk berkembang dalam tenaga kerja pengajaran global, menjadi hab serantau bagi penganjuran, membolehkan rangkaian pembelajaran profesional serta platform untuk berkongsi amalan-amalan terbaik dalam rangkaian pengajaran diiktiraf antarabangsa.

    Kenyataan menambah, seperti yang dicadangkan oleh penyelidikan Teacher Supply in British International Schools oleh COBIS pada 2018, sekolah-sekolah antarabangsa boleh memainkan peranan besar dalam melatih guru-guru setempat untuk terus mengembangkan tenaga kerja perguruan global.

    Pada Mei 2019, COBIS telah mengumumkan kohort pertama iaitu 11 Sekolah Latihan COBIS yang telah melatih lebih 280 guru baharu dengan kelayakan diiktiraf United Kingdom bagi tempoh tiga tahun, 2017-2020.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dipetik melahirkan rasa sangat berbangga kerana dipilih sebagai sebuah sekolah untuk memberi latihan kepada guru-guru merupakan satu penghargaan dan meningkatkan lagi pengiktirafan antarabangsa terhadap kecemerlangan pendidikan, bukan sahaja kepada pelajar malah guru-guru mereka.

    Sekolah-sekolah Latihan COBIS akan memberikan latihan awal bagi guru-guru untuk berkembang dalam tenaga kerja pengajaran global.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda