BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini, telah dipilih sebagai salah sebuah daripada tujuh sekolah yang menyertai kohort Sekolah-sekolah Latihan Majlis Sekolah-sekolah Antarabangsa British (COBIS) bagi 2020/2021. JIS dalam kenyataan mengumumkan perkara berkenaan menjelaskan bahawa Sekolah-sekolah Latihan COBIS akan memberikan latihan awal bagi guru-guru untuk berkembang dalam tenaga kerja pengajaran