Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jisoo Blackpink jadi anggota terakhir lancar lagu solo

    Penantian peminat kumpulan Blackpink untuk solo debut daripada ahli kumpulan itu iaitu Jisoo bakal berakhir apabila penyanyi berkenaan akan melancarkan single pada 31 Mac ini.

    Jisoo secara rasmi memaklumkan perkara itu dengan memuat naik foto teaser yang memaparkan hamparan kain berwarna merah di atas himpunan rumput hijau.

    “Jisoo awak adalah yang terbaik dan terima kasih untuk kejutan ini. Saya tidak sabar menunggu single baharu awak.

    “Lama saya menunggu saat ini. Jumpa kamu nanti. Kamu pasti akan bersinar.

    “Baby, saya bangga dengan awak. Tak sabar nak menantikan solo pertama awak. Tolong jaga kesihatan dan jaga diri,” tulis warganet.

    Pada 2 Januari lalu, syarikat pengurusan YG Entertainment mengumumkan bahawa Jisoo sedang dalam persiapan untuk melakukan debut solonya.

    Menurut agensi itu, biarpun sibuk menjalani konsert jelajah dunia sejak tahun lalu, Jisoo tetap meluangkan masa untuk menjalani penggambaran kulit album dan merakamkan lagu bagi album solonya itu. – Agensi

    Jisoo bakal muncul dengan single pertama akhir Mac ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda