Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jisoo dan Ahn Bo Hyun putus cinta

    Hubungan cinta antara penyanyi Jisoo dari kumpulan Blackpink bersama pelakon Ahn Bo Hyun dilaporkan sudah berakhir.

    Memetik dari mStar, kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni.

    Mereka bagaimanapun dikatakan masih kekal bersahabat.

    “Disebabkan jadual kerja yang padat, mereka mula berjauhan dan membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta,” jelas kenyataan berkenaan.

    Sementara itu pihak YG Entertainment yang mewakili Jisoo turut mengesahkan hal tersebut dalam satu keyataan ringkas.

    “Benar Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah,” ujar pihak mereka.

    Ogos lalu Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara terbuka mendedahkan mereka mula bercinta selepas beberapa bulan mereka rapat.

    Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Jisoo bakal memulakan penggambaran filem pertama lakonannya pada Disember ini. – Agensi

    Jisoo dan Ahn Bo Hyun umum putus hubungan cinta. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda