Wednesday, October 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    J&J cadang bayar AS$8.9 bilion selesai tuntutan

    NEW JERSEY, 5 APRIL – Johnson & Johnson akan membayar hampir AS$9 bilion berhubung dakwaan bahawa bedak anak damitnya yang mengandungi talkum menyebabkan kanser, lebih daripada empat kali ganda amaun yang sebelum ini diketepikan oleh syarikat itu untuk membayar potensi liabilitinya.

    Sebanyak AS$8.9 bilion yang akan dipindahkan oleh J&J kepada anak syarikat, LTL Management, akan dibayar dalam tempoh 25 tahun akan datang. Jumlah itu meningkat daripada AS$2 bilion yang diketepikan oleh syarikat New Brunswick, New Jersey, pada Oktober 2021.

    Jumlah yang disemak itu disokong oleh lebih 60,000 pihak yang telah memfailkan saman yang mendakwa kemudaratan daripada bedak talkum J&J, menurut syarikat itu.

    J&J tidak mengakui sebarang salah laku sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan, satu perkara yang ditekankan oleh eksekutif syarikat dalam satu kenyataannya kelmarin yang mengekalkan dakwaan “adalah palsu dan tidak mempunyai bukti saintifik.” – AP

    Bedak Johnson dipaparkan pada 15 April 2011, di San Francisco. Johnson & Johnson membayar hampir AS$9 bilion atas dakwaan bedak anak damit yang mengandungi talkum menyebabkan kanser. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda