Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    J&J didenda AS$572 juta

    WASHINGTON, 27 OGOS – Hakim Oklahoma mengarahkan syarikat gergasi penjagaan kesihatan Johnson & Johnson (J & J)membayar ganti rugi AS$572 juta di atas pembabitannya dalam krisis ketagihan opioid di negeri itu.

    Dalam perbicaraan sivil pertama pengeluar dadah mengenai wabak yang menyebabkan ratusan ribu kematian dos berlebihan, Hakim Thad Balkman berkata, pendakwa menunjukkan J & J mencetuskan ‘gangguan awam’ dalam promosi mengelirukan ubat penahan sakit yang boleh menyebabkan ketagihan.

    Ganti rugi itu akan digunakan untuk membiayai penjagaan penagih, keluarga dan masyarakat yang terjejas akibat krisis itu.

    J & J adalah syarikat farmaseutikal pertama dibicarakan berhubung krisis opioid di Amerika Syarikat yang menyebabkan lebih 70,000 kematian kerana dos berlebihan pada 2017.

    Masih ada 2,000 saman terhadap pengeluar ubat dan pengedar yang difailkan oleh kerajaan negeri.

    Pendakwa raya menuntut bayaran ganti rugi sebanyak AS$17 bilion. – AFP

    Johnson & Johnson membayar ganti rugi AS$572 juta di atas pembabitannya dalam krisis ketagihan opioid. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda