Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    J&J dituduh tetapkan harga ubat ‘melampau’

    CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN, 15 SEPT – Syarikat farmaseutikal berpusat di Amerika Syarikat, Johnson & Johnson (J&J), kini dalam proses penyiasatan di Afrika Selatan berikutan tuduhan menetapkan harga ubat penting, tuberkulosis (TB) yang dianggap ‘melampau,’ kata pihak berkuasa persaingan negara itu hari ini.

    Anak syarikat J&J yang berpangkalan di Belgium, Janssen Pharmaceuticals, turut menjadi tumpuan siasatan, kata Suruhanjaya Persaingan Afrika Selatan.

    Suruhanjaya yang mengawal selia aktiviti perniagaan itu menyatakan ia telah membuka siasatan minggu ini berdasarkan maklumat yang menunjukkan syarikat-syarikat tersebut ‘mungkin terlibat dalam amalan pengecualian dan menetapkan harga ubat secara berlebihan’ terhadap ubat tuberkulosis, bedakilin, yang dijual dengan jenama Sirturo.

    Mereka enggan memberikan butiran lanjut tentang siasatan, tetapi kumpulan kesihatan di Afrika Selatan mendakwa negara itu dikenakan harga lebih dua kali ganda berbanding negara-negara membangun dan negara pendapatan rendah lain untuk bedakilin.

    Bedakilin, yang diluluskan pada tahun 2012, digunakan untuk merawat TB dan amat diperlukan di Afrika Selatan, di mana penyakit ini merupakan penyebab utama kematian yang meragut lebih daripada 50,000 nyawa pada 2021.

    Afrika Selatan mempunyai lebih daripada 7 juta penduduk yang dijangkiti HIV, menyumbang kepada jumlah tertinggi berbanding mana-mana negara lain di dunia. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...