Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    J&J setuju bayar AS$700 juta selesaikan kes bedak talkum

    NEW YORK, 12 JUN – Syarikat gergasi farmaseutikal dan kosmetik Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson (J&J), telah bersetuju untuk membayar AS$700 juta untuk menyelesaikan dakwaan ia telah mengelirukan pelanggan mengenai keselamatan produk bedak talkum yang dihasilkannya, umum Peguam Negara New York, Letitia James, kelmarin.

    Dalam penyelesaiannya dengan 42 negeri dan Daerah Columbia, J&J mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu, walaupun syarikat itu telah menarik balik produk tersebut dari pasaran Amerika Utara pada 2020.

    Syarikat yang berpangkalan di New Jersey itu mengumumkan penyelesaian awal pada Januari selepas menghadapi ribuan tuntutan undang-undang berhubung bedak talkum yang mengandungi kesan asbestos yang bertanggungjawab menyebabkan kanser ovari.

    “Tiada jumlah wang yang dapat menghapuskan penderitaan yang disebabkan oleh produk talkum J&J, tetapi hari ini pihak yang terjejas tidak perlu bimbang kerana syarikat itu sedang dihadapkan ke mahkamah atas kemudaratan yang telah dicetuskan,” kata Peguam Negara New York, Letitia James, dalam satu kenyataan.

    Negeri New York akan menerima AS$44 juta daripada jumlah penyelesaian tersebut, yang mesti dibayar dalam empat ansuran sepanjang tempoh tiga tahun.

    Dalam satu kenyataan kepada AFP, Naib Presiden Litigasi Sedunia J&J, Erik Haas, berkata syarikat itu ‘terus berusaha untuk mencari beberapa jalan penyelesaian bagi mencapai resolusi yang komprehensif dan muktamad terhadap kes berkaitan bedak talkum’.

    Proses itu ‘termasuk memuktamadkan perjanjian yang telah diumumkan sebelum ini yang dicapai oleh syarikat dengan konsortium 43 Peguam Negeri untuk menyelesaikan tuntutan mereka berhubung bedak talkum tersebut’. – AFP

    Letitia bercakap semasa sidang akhbar di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda