Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKDM rampas rokok, minuman keras tidak bercukai di Sibu

    SIBU, 17 NOV – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu merampas 8.33 juta batang rokok dan 190.08 liter minuman keras pelbagai jenama tidak berkastam dalam serbuan di sebuah rumah di Brooke Drive, 10 Oktober lepas.

    Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Norizan Yahya, berkata rampasan dilakukan hasil maklumat daripada Pusat Perisikan Zon Sarawak, sebelum sepasukan pegawai Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sibu menyerbu sebuah premis yang dijadikan tempat penyimpanan barangan terbabit.

    “Rokok dan minuman keras dirampas dianggarkan bernilai RM750,840.48, manakala jumlah keseluruhan duti dan cukai yang terlibat dianggarkan RM5.57 juta, menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM6.32 juta,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau berkata rokok dan minuman keras adalah barangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 manakala kes berkenaan sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang larangan tanpa kebenaran. – Bernama

    Sidang media yang dijalankan oleh JKDM berhubung rampasan tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda