Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    JKDM Sibu rekod 55 kes rampasan lebih RM5 juta

    SIBU, 17 MEI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu merekodkan 55 kes rampasan rokok, minuman keras, barang tak berkastam dan dadah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.126 juta sejak awal tahun ini hingga 10 Mei lepas.

    Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata nilai barangan yang dirampas daripada kes-kes terbabit ialah RM2,701,336.54 melibatkan cukai sebanyak RM2,424,989.19.

    Kejayaan terbaharu JKDM Sibu melibatkan rampasan 2,130,000 batang rokok dan 1,837.44 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam ketika serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai terhadap sebuah bangunan terbiar di Lorong Tunku Abdul Rahman 29A di sini pada jam 8:55 pagi, 7 Mei.

    “Rampasan yang dibuat dianggarkan bernilai RM763,874.40 dan melibatkan jumlah duti dan cukai bernilai RM2,274,537.67,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

    Menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini, Norizan berkata tiada tangkapan dibuat ketika serbuan kerana tiada sesiapa datang ke tempat itu selepas tiga jam pasukan berkenaan menunggu.

    Gambar Freepik

    Beliau percaya pelaku menyembunyikan dan menyimpan barang tidak berkastam di bangunan terbiar itu bagi mengelak dikesan dan mengaburi pihak berkuasa sebelum mengedar barang-barang terbabit ke pasaran tempatan.

    Sepanjang tempoh itu, Norizan berkata 39 kes melibatkan rampasan rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam dengan nilai barang rampasan termasuk cukai berjumlah RM3,226,451.65.

    JKDM Sibu juga berjaya menggagalkan enam kes cubaan membawa masuk dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja melalui Lapangan Terbang Sibu dengan anggaran berat kasar keseluruhan sebanyak 46.88 kilogram dan bernilai RM1,488,030.00.

    “Dadah-dadah terbabit dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kita percaya Sibu dijadikan transit sebelum dadah-dadah itu diseludup ke negara jiran Indonesia melalui jalan-jalan tikus di sempadan,” katanya.

    Beliau berkata sembilan kes melibatkan barang berduti yang tidak diikar dengan betul dirampas di Pelabuhan Rajang dengan nilai barangan dan cukai berjumlah RM367,306.58.

    Menurut Norizan, satu kes melibatkan kenderaan asing dari Brunei yang dipercayai menyalahgunakan kemudahan pengecualian cukai yang diperuntukkan di bawah Perintah

    Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dengan anggaran nilai dan cukai berjumlah RM44,537.50. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...