Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKED perjelas mesej tular tatacara permohonan transit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, kelmarin, telah menjelaskan mengenai mesej tular yang berkaitan dengan tatacara ringkas menghadapkan permohonan transit melalui Negara Brunei Darussalam.

    Dalam kenyataan itu, JKED merujuk siaran media Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Oktober lalu mengenai pelanjutan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan selama 15 hari lagi dari 1 sehingga 15 November, kecuali bagi kemasukan atau perjalanan transit yang telah diberikan kebenaran oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam sahaja.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai bolehlah melayari dan menghubungi Jabatan Perdana Menteri di alamat www.pmo.gov.bn/travelportal atau travel hotline di talian 120 semasa waktu bekerja ataupun melalui e-mel kepada travelapplication@jpm.gov.bn serta JKED, Kementerian Kewangan dan Ekonomi di talian 2382361 atau 8323741 pada waktu pejabat atau melalui e-mel kepada info@customs.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda