BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Keselamatan (Security) Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta memaklumkan bahawa beberapa eksesais keselamatan akan dikendalikan pada bulan ini dan September 2017.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, objektif eksesais adalah sebagai persiapan awal bagi meningkatkan lagi keupayaan dan ‘interoperability’ antara agensi-agensi yang terlibat menggunakan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam menangani sebarang risiko keselamatan yang mungkin dihadapi.
Eksesais pertama akan diadakan pada petang esok (16 Ogos) di Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait, di mana orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata.