Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKN Pahang saran penganjur maklum aktiviti luar

    KUANTAN, 4 SEPT – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menyarankan pihak penganjur memaklumkan sebarang penganjuran aktiviti luar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

    Pengarahnya Datuk Dr Rusdi Abdul Rahman berkata berdasarkan kes diterima pihaknya, kebanyakan kes berkaitan cuaca panas melibatkan kelesuan dan strok haba berpunca daripada aktiviti luar seperti larian dan mendaki bukit.

    “Ada yang tidak maklum (anjurkan aktiviti luar) itu masalahnya. Saya sarankan mereka memaklumkan kepada kita (JKN), sekurang-kurangnya kita tahu sebarang penganjuran aktiviti luar. Kemudian kita akan salurkan maklumat itu kepada klinik kesihatan terdekat.

    “Jadi, apabila berlaku sesuatu, kita sudah tahu mengenainya (sebarang insiden) dan terus bersiap dengan peralatan sepatutnya (dan langkah kecemasan segera). Penganjur juga perlu memastikan trek (atau sebarang aktiviti luar) mesti ada orang memantau tidak boleh dibiarkan dan tidak tahu berlaku apa-apa,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penyerahan lapan ambulans kepada pengarah hospital di enam daerah di negeri tersebut di pekarangan Wisma Sri Pahang yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

    Dr Rusdi mengulas mengenai kes seorang peserta program larian yang meninggal dunia akibat strok haba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 25 Ogos lepas. – Bernama

    Gambar bertarikh 1 September 2021 menunjukkan Datuk Dr Rusdi Abdul Rahman (kanan) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Datuk Ismail Abdul Rahman bertukar dokumen pada Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Sistem Bekalan Elektrik Hospital Melaka (Reka dan Bina) di Hospital Melaka Bukit Palah. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda