Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKP menang anugerah SITF

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP), Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah memenangi Anugerah Pemasaran Pelancongan Terbaik di Pameran Pelancongan Antarabangsa Seoul ke-39 (SITF) di Korea Selatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKP, di sini, menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam merupakan antara peserta yang telah diberi anugerah oleh Jawatankuasa Pengajur, SITF, Pengerusi Shin, Joong-Mok.

    Sepanjang acara selama empat hari itu, penyertaan Brunei dalam SITF telah mengetengahkan pameran pengalaman imersif yang diadakan bermula 9 hingga 12 Mei di Coex Exhibition Centre, Seoul.

    Inisiatif itu bermatlamat untuk menarik pelancong-pelancong Korea dengan menawarkan kepada mereka secebis rasa pengalaman pengembaraan dan kebudayaan Brunei.

    ATAS & BAWAH: JKP semasa menyertai SITF. – GAMBAR SERAHAN JKP
    GAMBAR SERAHAN JKP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda