Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKP tunda sesi temu duga pemohon

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan mengawal risiko penularan, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan memaklumkan sesi temu duga bagi pemohon Skim Perumahan Negara 2020 bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong ditangguhkan sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Dalam pada itu, JKP akan memaklumkan pemohon yang tersenarai dari semasa ke semasa bagi sebarang maklumat terkini mengenai pengendalian sesi temu duga. Di atas penangguhan itu, pihak jabatan dalam kenyataannya, memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan juga sangat menghargai kefahaman daripada para pemohon yang terlibat.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, pemohon yang berkenaan bolehlah melayari laman sesawang JKP, www.housing.gov.bn atau menghantar e-mel kepada info@hdd.gov.bn atau menghubungi Bahagian Permohonan, JKP Daerah Brunei dan Muara di talian 2382978 atau 2382145 sambungan 113.

    Manakala itu, para pemohon di Daerah Temburong pula bolehlah menghubungi talian 5230437.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda