Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKPSSU raikan enam guru bersara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Enam guru Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 yang bersara telah diraikan pada Majlis Sambutan Hari Guru bagi Pegawai-pegawai dan Guru-guru Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei I bertempat di salah sebuah restoran di Jalan Telanai.

    Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei 1 itu diadakan adalah bagi mengenang dan menghargai jasa guru-guru tersebut.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei I, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Halimatul Saadiah binti Haji Wahsalfelah, yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran, diikuti dengan persembahan tausyeh oleh guru-guru perempuan serta penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang bersara pada tahun 2025.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada guru-guru agama Kawasan Brunei I dalam pelbagai kategori, disusuli dengan cabutan nama bertuah dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Penganjuran majlis tersebut bertujuan menghargai sumbangan dan jasa bakti para guru serta tenaga pengajar yang cemerlang dalam perkhidmatan, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan guru-guru Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei I.

    ATAS & BAWAH: Hajah Halimatul Saadiah semasa menyampaikan penghargaan kepada guru-guru agama Kawasan Brunei I pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Hajah Halimatul Saadiah bergambar ramai pada majlis itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda