Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong iaitu menghala Sengkurong akan diadakan hari ini sehingga kerja-kerja selesai bermula pukul 7 malam hingga 5:30 pagi.
Penutupan itu adalah disebabkan kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan di Jalan Tutong di antara persimpangan Telanai dan persimpangan Bengkurong Masin.

Pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.
Sementara itu, di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien pula akan dilaksanakan kerja-kerja penurapan aspal di BM 23.1KM sehingga BM 15.4 KM iaitu menghala Brunei-Muara.
Kerja-kerja itu akan dilaksanakan sepanjang masa sehingga kerja-kerja selesai yang bermula hari ini sehingga 21 November.
Sehubungan itu, jalan lencongan disediakan dan pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


