Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKR Sarawak diarah lakukan penilaian bagi urus projek besar – Uggah

    KOTA SAMARAHAN, 27 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diarah melaksanakan kajian penilaian terhadap tenaga kerja dan keperluan lain bagi menguruskan projek yang lebih besar di negeri itu.

    Timbalan Premier yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata arahan dikeluarkan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

    “Ini tanggungjawab baharu yang diserahkan kepada JKR Sarawak. Kita minta JKR dari peringkat ibu pejabat hingga peringkat bahagian untuk membuat penilaian atas kemampuan mereka dari segi pegawai yang sedia ada dan apakah tambahan yang perlu kita buat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat projek pembinaan bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini hari ini.

    Beliau berkata keputusan yang dimasukkan dalam Belanjawan 2023 itu adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 untuk mengiktiraf JKR negeri sebagai jabatan teknikal bagi projek Persekutuan.

    “Setakat ini Perdana Menteri bersetuju untuk memberi (kelulusan) RM50 juta dan ke bawah. Kalau kita berjaya dengan tugas ini, kita boleh minta semua projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan di Sarawak diserahkan kepada JKR negeri untuk menguruskannya,” katanya. – Bernama

    Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan yang dimasukkan dalam Belanjawan 2023 itu adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 untuk mengiktiraf JKR negeri sebagai jabatan teknikal bagi projek Persekutuan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda