KUCHING, 9 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bersedia untuk menerajui transformasi digital industri pembinaan negeri dengan mengguna pakai sistem model bangunan bermaklumat (BIM), alat inovatif yang akan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kesilapan dan memastikan projek disiapkan mengikut jadual ditetapkan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur