Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek persekutuan

    KUCHING, 10 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata penglibatan JKR Sarawak dalam projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini menjadi antara kejayaan yang membanggakan, sekali gus meningkatkan keyakinan kerajaan pusat terhadap jabatan itu.

    “Saya sangat bangga dengan prestasi JKR Sarawak sehingga saya dapat berunding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa kerajaan Persekutuan hendaklah mengiktiraf kemampuan JKR Sarawak.

    “Sebagai pemimpin Sarawak, anda (warga JKR Sarawak) telah menjadi sebab untuk saya berunding dengan kerajaan Persekutuan (mengenai peruntukan dan pelaksanaan)… Sebab itu kita rasa bahawa kerja kamu di JKR lebih berat lagi kerana bukan sahaja terlibat dalam projek-projek kerajaan negeri, tetapi juga projek Persekutuan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis Malam Gala JKR Sarawak, malam tadi. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda