Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JLO, Ben sah bercerai

    Ikon besar dalam industri Hollywood, Jennifer Lopez (JLO) dan Ben Affleck secara rasmi bercerai dan kembali berstatus bujang pada Jumaat lalu.

    Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles telah meluluskan penyelesaian perceraian mereka pada 6 Januari dan menetapkan ia berkuat kuasa pada 21 Februari, selepas tempoh enam bulan yang diperlukan di California berlalu sejak Lopez memfailkan pembubaran perkahwinan mereka yang berusia dua tahun.

    Dokumen itu menyatakan mereka telah mencapai penyelesaian melalui proses mediasi pada September, mengelakkan pertikaian mahkamah yang berpanjangan seperti yang dialami oleh pasangan selebriti lain.

    Lopez kini menggugurkan nama Affleck daripada nama rasminya. Sebahagian besar butiran kewangan dirahsiakan, tetapi tiada seorang pun daripada mereka akan membayar nafkah kepada yang lain dan kerana mereka tidak mempunyai anak bersama, maka isu hak penjagaan tidak timbul.

    Pasangan selebriti ini berkahwin pada Julai 2022, dan Lopez memfailkan penceraian pada Ogos 2024. Dokumen yang difailkan menyatakan bahawa mereka telah berpisah lebih setahun lebih awal.

    Ini merupakan kali kedua mereka menjadi pasangan. Pada awal 2000an, mereka bertemu, jatuh cinta, bertunang dan membintangi filem Gigli dan Jersey Girl pada tahun 2004.

    Namun, mereka berpisah pada tahun yang sama, sebahagiannya disebabkan oleh tekanan daripada perhatian umum.

    Namun, kegembiraan peminat dan mungkin keraguan sesetengah pihak membawa mereka kembali bersama dua dekad kemudian dan akhirnya berkahwin.

    Affleck sebelum ini bercerai dengan Jennifer Garner dan mempunyai tiga orang anak, pada tahun 2018. Lopez pula telah berkahwin empat kali dan mempunyai anak kembar hasil perkahwinannya dengan penyanyi Marc Anthony. – Agensi

    Gambar fail Jennifer Lopez dan Ben Affleck semasa tiba di Regency Village Theatre di Los Angeles pada 27 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda