Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JMG Perak akan laksana pemetaan geologi

    KAMPAR, 22 JAN – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak akan bekerjasama dengan agensi berkaitan serta komuniti di Kampung Changkat Tualang untuk menjalankan proses pemetaan geologi awal secara terperinci di kawasan penemuan fosil karang purba.

    Pengarahnya, Nizarulikram Abdul Rahim berkata proses itu akan dilaksanakan segera tahun ini termasuk kerja-kerja pesampelan di kawasan tersebut.

    “Proses pemetaan ini melibatkan kerja pencirian kepelbagaian geologi, proses menentukan nilai warisan dan lain-lain kerja bagi merekodkan fosil yang ditemui selain kita nak nilai keluasan kawasan yang perlu diwartakan.

    “Sama ada sampel fosil akan dibawa keluar dari kawasan ini atau tidak bergantung kepada hasil lapangan JMG kelak, namun JMG berpendirian lebih baik dikekalkan untuk tatapan orang ramai, pengkaji dan pihak berkepentingan lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke geotapak penemuan fosil karang purba yang berusia lebih 300 juta tahun di Kampung Changkat Tualang.

    Nizarulikram berkata penemuan fosil karang purba itu suatu yang sangat bermakna dan perlu dipelihara kerana ia merupakan satu-satunya geotapak di Geotapak Lembah Kinta yang mempunyai fosil karang. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda