Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JMK perkenal saluran YouTube rasmi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) telah memperkenalkan saluran YouTube rasmi http://www.YouTube.com/@JMKBrunei untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat.

    Saluran YouTube tersebut mengandungi koleksi video-video keluaran JMK seperti program ceramah-ceramah Bersama Mufti dan rancangan-rancangan Irsyad Hukum yang pernah ditayangkan di saluran Radio Televisyen Brunei (RTB) sebelum ini.

    Dengan adanya saluran baharu ini, ia diharap dapat memudahkan lagi masyarakat umum mendapatkan pencerahan hukum dan seterusnya merungkaikan permasalahan orang ramai terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda