Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, kelmarin, telah menerima kunjungan muhibah daripada rombongan Majlis Ugama Negeri Aceh.
Rombongan diketuai oleh Abu Muhammad Ali, Imam Besar Masjid Baiturrahman Banda Aceh dan Ketua Majlis Ugama Negeri Aceh.
Turut menyertai rombongan yang berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan itu, Tengku Muslim@Walid Rantau, wakil Majlis Ugama Negeri Aceh.
Dalam kunjungan tersebut, rombongan juga telah dibawa melawat Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).


