Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    JMR ungguli podium di GT World Challenge Asia

    KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) terus mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjuarai Perlumbaan 2 Kejohanan GT World Challenge Asia di Fuji International Speedway, Jepun, hari ini.

    Tunku Abdul Rahman yang bergandingan dengan Ben Green menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, mempamerkan aksi luar biasa dengan merakam masa 1 jam 19.306 saat selepas menamatkan 30 pusingan.

    Pasukan Origine Motorsports yang dibarisi Bob Yuan dan Leo Ye menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:00:21.285s, manakala pelumba Craft-Bamboo Racing Qi Cao dan Jayden Ojeda melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan 1:00.24.925s.

    Sementara itu, jentera kedua JMR yang dipandu Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Jordan Love menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22 dengan catatan masa 1:01:17.852s selepas 30 pusingan.

    Sebelum itu, jentera dipandu Tunku Abu Bakar yang berada di kedudukan pendahulu ketiga, berlanggar dengan skuad Team KRC dipandu Ruan Cun Fan pada pusingan terakhir di selekoh terakhir sekali gus memusnahkan peluang untuk menaiki podium hari ini.

    JMR akan kembali beraksi di Litar Okayama, Jepun pada 29 hingga 31 Ogos ini dalam GT World Challenge Asia. – Bernama

    Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) bergambar kenang-kenangan di kejohanan tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda