Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe Biden tersandung di majlis graduasi

    WASHINGTON, 2 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terjatuh di pentas majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di Colorado pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Biden cuba kembali ke tempat duduknya ketika upacara hampir berakhir sebelum tersandung objek berupa karung berisi pasir.

    Seorang pegawai Tentera Udara dan dua ejen Perkhidmatan Rahsia segera mendapatkan presiden dan membantunya berdiri.

    Seorang kadet berjabat tangan dengan Presiden Joe Biden selepas menerima diploma semasa majlis graduasi Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Akademi Tentera Udara, Colo., 1 Jun 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda