WASHINGTON, 2 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terjatuh di pentas majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di Colorado pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Biden cuba kembali ke tempat duduknya ketika upacara hampir berakhir sebelum tersandung objek berupa karung berisi pasir.
Seorang pegawai Tentera Udara dan dua ejen Perkhidmatan Rahsia segera mendapatkan presiden dan membantunya berdiri.
