Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak ‘Tuan Presiden’

    WASHINGTON, 9 JUN – Joe Biden keliru mengenai gelaran Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu di Rumah Putih, sehingga memanggilnya sebagai ‘Tuan Presiden,’ lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan segera membetulkan kesilapannya, sambil bergurau bahawa beliau telah ‘menaikkan pangkat’ Sunak.

    Pemimpin berusia 80 tahun itu yang duduk bersebelahan Sunak dalam mesyuarat dua hala, berkata: “Baiklah, Tuan Presiden, saya baru sahaja menaikkan pangkat awda. Tuan Perdana Menteri, saya gembira menerima awda kembali.”

    Sunak, yang tertawa, tidak pernah ke Rumah Putih sebelum ini sebagai perdana menteri, hanya memegang jawatan itu pada Oktober lalu.

    Biden memberitahunya: “Dalam beberapa bulan lalu, kami telah berjumpa antara satu sama lain di San Diego dan kemudian kami bertemu di Belfast dan sekali lagi di Hiroshima.” – Bernama

    Presiden AS, Joe Biden semasa sidang akhbar dalam perjumpaan bersama dengan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Bilik Timur Rumah Putih di Washington, DC, pada 8 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda