Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe Bryant meninggal dunia

    NEW YORK, 17 JULAI – Joe ‘Jellybean’ Bryant, bekas pemain NBA dan bapa kepada pemain Hall of Fame Bola Keranjang, Kobe Bryant, meninggal dunia pada usia 69 tahun, umum Universiti La Salle, kelmarin.

    Joe yang bermain di sekolah Philadelphia dari 1973 hingga 1975 dan melatih Explorers dari 1993 hingga 1996 selepas kerjaya yang menyaksikan dia bermain dari 1975 hingga 1983 untuk Philadelphia 76ers, kemudian di San Diego Clippers dan Houston Rockets termasuk di Eropah.

    “Kami berdukacita untuk mengumumkan pemergian pemain bola keranjang La Salle, Joe Bryant,” kata pihak sekolah dalam satu kenyataan. “Dia adalah ahli keluarga Explorer yang dikasihi dan akan sangat dirindui.”

    Joe, pemain penyerang, bermain di Itali dari 1983 hingga 1991 sebelum mengkahiri kariernya bersama kelab Perancis, Mulhouse, pada 1991.

    Bagi karier NBAnya, Joe mencatat purata 8.7 mata, 4 rebound dan 1.7 assist dalam satu perlawanan.

    Sebagai ketua jurulatih, Joe, mencatatkan keputusan 40-24 dalam tempoh tiga musim dengan NBA Wanita, Los Angeles Sparks. Dia juga pernah menjadi jurulatih di Asia di kelab-kelab di Tokyo, Hokkaido, Bangkok dan Fukuoka.

    Kobe Bryant, dilahirkan semasa bapanya bermain untuk 76ers, merupakan juara NBA lima kali, pemenang pingat emas Olimpik dua kali dan Pemain Paling Berharga NBA 2008 yang menghabiskan keseluruhan karier NBAnya dari 1996 hingga 2016 dengan LA Lakers. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Jun 2009 menunjukkan reaksi Kobe Bryant (kiri), dan Joe semasa mereka menonton perlawanan besbol antara Los Angeles Angels dan Los Angeles Dodgers di Anaheim, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda