Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe Jonas dan Stormi Bree berpisah

    Hanya selepas lima bulan menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Joe Jonas dan model Stormi Bree dilaporkan sudah berpisah.

    US Weekly melaporkan Joe, 34, merasakan sekarang bukan masa sesuai untuk bercinta selepas berpisah dengan isterinya iaitu Sophie Turner pada September lalu.

    Malah tumpuannya ketika ini adalah terhadap anak-anak selain sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya.

    “Joe mempunyai jadual yang padat untuk bersama dengan anak-anaknya dan menyiapkan album baharu.

    “Dia terpaksa mengetepikan kekasihnya, bagi dia anak-anak dan muzik adalah segalanya.

    “Kebahagiaan diri sendiri bukan keutamaan buat masa ini,” kata sumber terdekat penyanyi tersebut.

    Joe dan Stormi mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal Januari lalu selepas dilihat menghabiskan masa bersama di Aspen, Colorado.

    Untuk rekod, Joe mendirikan rumah tangga dengan Sophie pada 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – Agensi

    Joe dan Sophie berpisah sejak September tahun lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda